Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan biasa-biasa: saya bedah. sapa ek kat sana?
Kan bagus kalau boleh jawab camni: entah. saya kat sini, mana la nak tau sape kat sana.
Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan biasa-biasa: kejap ya. saya panggilkan.
Kan bagus kalau boleh jawab camni: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan biasa-biasa: tunggu sebentar, panggilan anda akan disambungkan sebentar lagi.
Kan bagus kalau boleh jawab camni: maap ya cik, nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur ditolak didarab dan dibahagi.
Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan biasa-biasa: mak takde lah makcik Mah. petang kang mak balik la. mak gi kenduri khatan anak makcik Timah.
Kan bagus kalau boleh jawab camni: mak takde rumah. bapak ade la pasal rumah ni bapak yang beli.
Soalan: haloo Bedah, buat ape tu?
Jawapan biasa-biasa: tak buat pape pun.
Kan bagus kalau boleh jawab camni: aku tengah mendaki gunung everest sambil gayut ngan kau ni.
Soalan: boleh saya bercakap ngan Bedah?
Jawapan biasa-biasa: Bedah tengah mandi. call la lagi 10minit.
Kan bagus kalau boleh jawab camni: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannya. sekian harap maklum. terima kasih.
Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannya.
Jawapan biasa-biasa: sebentar ya.
Kan bagus kalau boleh jawab camni: sila panggil sendiri. saya sibuk. titt! (letak gagang)
Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya.
Jawapan biasa-biasa: ya silakan.
Kan bagus kalau boleh jawab camni: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan biasa-biasa: ya, tak syak lagi. betul la tuh.
Kan bagus kalau boleh jawab camni: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
p/s:: hanya khayalan dan gurauan semata2.. :)
No comments:
Post a Comment