Sunday, December 12, 2010

15 perkara penyebab bala

Bersabda Rasullullāh SAW antara lain maksudnya:

“Bala pasti menimpa keatas umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan perkara ini iaitu:

  1. Apabila kekuasaan dianggap keuntungan.
  2. Amanat dianggap ghanimah.
  3. Membayar zakat dianggap merugikan.
  4. Suami tunduk pada isteri.
  5. Durhaka terhadap ibu.
  6. Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran.
  7. Membenci ayah.
  8. Bersuara keras (menjerit-jerit) di masjid.
  9. Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya.
  10. Orang ditakuti (dihormati) kerana kejahatan.
  11. Minum arak berleluasa.
  12. Semakin ramai lelaki memakai sutera.
  13. Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa.
  14. Permainan muzik merata-rata.
  15. Umat akhir zaman ini sewenangnya mengutuk umat-umat permulaan termasuk para sahabat Nabi S.A.W, Tabiin dan Imam Muktabar.

Maka ketika itu akan turunlah azab berupa angin merah, atau gempa, runtuhan atau kemusnahan".

(Maksud hadis riwayat At-Tarmizi dari Syidina Ali, Dari Kitab Irsyadul ‘ibad lla sabi Ir-rasyad)

No comments:

Post a Comment