Thursday, December 30, 2010

..kisah malang si kecil...

cerita ni dah lama dah aku tau.. kalau tak silap.. aku pernah baca dalam satu majalah which is MASTIKA kalau aku x silap.. n cikgu aku pernah cerita dekat kelas masa aku sekolah rendah lagi.. aku ingat nama ustazah yang cerita tuh.. USTAZAH ZAINAB...

tapi.. maybe, maser tuh x baper nak paham.. tapi aku nangis ugak. dah darjah 6. so.. dah tau dah sikit2 pasal feeling2 nieyh.. ok2.. now aku nak share story tuh dengan kawan2 aku lak..


.....................................................


Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..



..........................


ok.. kesimpulannya.. kita nak menghukum tu.. bukan x boleh.. tapi berpada2lah.. apalah sangat kereta tuh nak dibandingkan dengan kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga kan?


p/s:: family come first...

..gudbye 2010, welcome 2011..

yes.. tahun baru datang lagi.
majority sahabat handai aku dah membina azam baru memasing...
azam nak kawen ,nak bertunang..
mcm2 ag la..
aku?
hurm...mungkin sama seperti tahun2 yang sebelumnya..
aku cuma mahu menjadi insan
yang lebih baik...
aku nak jadi anak yang berbakti pada
kedua orang tua..
n.. aku nak jadi hamba yang selalu menjauhi larangan-NYA...
yer.. tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan yang pahit dan juga manis.
biarlah yang manis itu dijadikan memori terindah..
n biarlah yang pahit itu dijadikan pengajaran dal
am menjalani hidup2 yang mendatang..
ye.. kalau aku diberi peluang.. memang aku nak sangat kembali ke masa lalu.. membetulkan semua dan salah aku..
tapi... yang dah berlalu tu tetap akan
berlalu..
so.. akan aku jadikan semuanya sebagai pengajaran..
hurm.. nak sangat share semua pengalaman dengan readers ( bajet sngguh.. cm lah ad readers. ahaks..)
nnti la.. akan aku cuba imbas satu persatu kenangan itu.. lalal..
jiwang la plak kan.. huhuhuh
k lah.. ni antara my pic ar
ound 2010... :)





ok lah.. x banyak pon pic yg boleyh dikongsikan.. k lah.. nanti update lagi k.. bubye...

Wednesday, December 29, 2010

perasaan pakcik jerk nieyh...

Salah sebuah sekolah menengah dari Kemaman membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu..

“Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni... “ pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya. Nak buang air besar.....?
Hishhh!!! perasaan awak sahaja tu!! sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain.
“Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni” rayu murid itu.Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu. Tolonglah Pak Cik..... rayu murid itu terus.

Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu.....Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi.

Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi. Eh..., awak berak ke? Busuknya...???" Murid itu pula dengan selamba menjawab. Hisshhh..., Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa pun....!!!""

siapa ong???

Pada suatu hari yang tenang.. seorang suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar..... tiba-tiba datang si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yang terpinga2.....bertanya.....


"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....si
isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Ong'....si isteri tentulah menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Ong....dengan tenang si suami menjawab....


Ooo....itu nama kuda yang saya bertaruh semalam.....namanya Ong.....si isteri pun agak puas hati ngan penjelasan suaminya.. terus menyambung kerja di dapur.....


Selang seminggu berlalu ketika si suami sedang rehat2 membaca
suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal pulak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba.. si isteri menjawap...."kuda awak telefon!!".....

pegang kuat2 nek....


Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: pagar rumah.

Udin: "$%^&(#....."

yes!!!

yes2!!! malaysia menang.. x kisah la menang aggregate pon... janji menang.. tak tahan dowh nk tgk indon maki2 kita..
argh... sakit tol hati aku now.. benci sesangat.. dah kalah x puas hati plak..
dah kalah tu terima jer la kenyataan... ukh..

Tuesday, December 28, 2010

gudluck for Malaysia...

n3 kali ni.. simple.. just nak wish gud luck for Malaysian footballer...
malam ni pstikan kita dapat kalahkan endon di jakarta...
diri aku masih emo n cukup2 benci ngn markus tuh. eiysk... bengang sesungguh ler..
hope.. mlam ni.. malaysia menang n malukan endon tuh.. hope sesangat.. biar dorang rasekn.. yang malaysia bole..
x macam dorang.. ckp jerk lebeyh...
ok2.. emo lagi.. malm ni kita saksiakn.. saper yang menang.. GO MALAYSIA GO!!!!

Sunday, December 26, 2010

pagi ini.. hanya pagi2 yg semakin suram..

pagi ni.. aku bangun.. terfikirkan apa yang aku mimpi mlam sbelumnya..
meman
g x clear sgt..
tp aku sgt pasti apa yang aku mimpi ada kaitan dengan dia.. hurm..
kerana dia.. air hangat mengalir di pipi aku.. kerana dia..
yer... dengan dia yang aku fikir akan menjadi soulmate aku..
hurm.. hubungna kitornag putus kt tepi jalan ( asyik guna tgh je kn. aku tuka la plak).
dia baik.. sangat baik..
tp mungkin buat masa ni dia bukan untuk aku.. mungkin aku dan dia.. x ditakdirkan untuk bersama pada waktu sekarang... mungkin
akan datang.. siapa yang tahu..
yes.. kita x kan tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan.. hurm.. lelaki...
dia...
lelaki yang sama pernah bahagiakan aku..
dan dia juga lelaki yang sama pernah menyakitkan hati aku..
t
api..
hurm..
kini.. semuanya ku serahkan pada takdir.. moga takdir n waktu sahaja yang nakal menentukan antara aku dan dia akan be
rsama atau tidak..
andai kata buka dia jodoh aku.. aku tetap mendoakan kebahagiaan dia..
kerana dia pernah menjadi sebahagian dari hari2 indah aku...

..hips dont lie..

kenapa hips dont lie? hahaah
ok2..
n3 ni dah lama glers aku nak wat.. tapi dok jadi pekasam as draft.. heheh.. xder idea nk merepek aper.. dh upload pic.. so.. di kesepian mlam ni. idea nak berblogging..
datang mencurah2 seperti coklat yang membanjiri ladang gandum.. hehehe..
ok2.. sebenarnyer.. aku nak buat kajian nieyh? kajian aper? oh.. bukan eksperimen sel2 bagai tuh..
tu mser zaman sekolah boleh la..
ni kajian ke atas anggota badan aku.. heheh
ok..
mlam ni.. psal bibir..
mak sedare, pok sedare, semer kata bibir aku ni ikut bibir abah aku? ner gambar abah aku? ha.. ni la masalah problemnyer.. abah aku x suker ambik gambar..
hehehe..
ok2.. berbalik pada bibir..
ramai kata bibir aku seksi?
ok.. aku admit la.. bibir aku x semungil bibir Angelina Joli..
tp ok la.. hehehe...
saper kata? hurm.. bukan dorang kata bibir aku seksi.. dorang kata bibir aku comel n buat dorang geram..
bangga? mula2 tu bangga la.. sebab yang puji aku pun.. insan tersayang...
lelaki first yang aku sayang...
Al-Fatihah buat arwah...
........................................................................................

ok.. lepas arwah.. ada lah aku kawan ngan bebrapa org laki.. pon sama.. puji bibir aku.. tang lain xder la plak kan..
mesti bibir..
pastu mser kt PLKN pon samer... ada la dua tiga org kata bibir aku comel.. laki ada.. pompuan pun ada..
ha..
pastu..
aku selalu ugak la dok belek bibir aku.. tang mana yang comelnye? x perasan pon..
n before aku buat n3 nieyh.. nak dijadikan kisah.. aku kuar.. jenjalan ngn My First Sis..
ada la segroup mamat ni.. berselisih la dengan dorang.. dengan selamba badak ayam dorang jerk.. ckp cm gni kat aku..
"comel bibir.. nak kiss boleh?"
gler terkedu aku.. dah la tengah2 org ramai.. ok.. masa tu aku dekat ECM...
pergh.. cam tu lak kan..
pastu malam tu.. aku cerita la kat sorang member aku nieyh..
pompuan k..
dyer pon ckp bibir aku comel. geram jer nengok.. nak2 bila aku tengah membebel..
kata dyer la..
dah aku ni pelik bertambah plak dengan hairannya.. ngadap la cermin tu sampai cermin tu kalau boleh muntah dah muntah dah tengok aku.. hahaha..
pastu aku belek2 la gambar2 aku.. xder plak aku nampak.. tang mana yang comel nyer bibir aku nieyh..
esiyk2.. so aku decide.. nk mengedit pic2 aku ke rupa begini...





dan juga begini...




dan juga lagi.. begini...




dan akhirnya begini..
owh.. ok.. aku edit pic ni pkai photoscape jerk.. tapi puas aku belek2.. tapi x jumpa jugak.. so.. aku decide.. nak jadikan bahan n3 aku kat blog.. kenapa? sebab aku nak mencari sebuah jawaban.. (wargh.. padi pnjam tajuk lagu yer.) heheheh...
ok2..
aku masih lagi tertanya2 nieyh.. kenapakah? mengapakah? bagaimanakah? adoyai..
dah macam nak belajar bahasa melayu semula dah ni ha.. hahah.. ok2..
kalau sesaper ad jalan penyelesaian.. sila bagitau.. :)


Saturday, December 25, 2010

an.. an... an.. doraemon...



tadi as usual la.. seperti hari2 sabtu yang sebelumnya...
if aku ad kat umah.. memang confirm2 aku akan me
langut kat depan tv.. dari pukul 7 sampai pukul 8..
tang pukul 7 tuh
.. x heran sangat..
tang yg pkul 7.30 tuh.. heheheh
heheh... jeng2... DORA
EMON...
heheheh.. tadi lepas mama siap mandi n prepare nk solat maghrib.. anak dara dia sorang ni dok ngadap tv ag..

mama : adik tengok a
pa seronok sangat tuh?
aku : tengok tv jerk.. (
she's coming...)
mama : la.. tengok cter nieyh? dari tadika sampai sekarang... x bosan ker?
aku : biarlah. dari adik tengok cter x senonoh. bek adik tengok cter doraemon.
mama : eisk. dari kecik sampa
i besar tengok doraemon.
(tbe2 suara ga
njil menyampuk )
abah : dah dari kecik saper yang ajar tengok cter tuh.
aku : hehehee
mama : dlu masa kecik x reti dok diam. bler tengok k
artun jer dyer diam.
abah : sampai besar la tuh.
mama : dah2. habis doraemon g mandi n solat.
aku : y
es mem!!

heheheh.. kenyataannya.. aku memang dari kecik aku suker tengok cter ni.
bukan tengok jerk. suka baca jugak k
omik2 doraemon nieyh.
dlu aku dah start boleh membaca since aku umur 4 tahun ag. sebabnya.. masa aku kecik2.. aku sker kacau akak2 n abang aku buat kerja sekolah. so. akak aku sorang ni. sebab dyer duk umah n dyer las elalu kena kacau ngan aku. aku cakap ngan dyer. aku nak baca buku jug
ak. so. dyer la yang ajar aku kenal huruf n baca before aku masuk tadika.
so.. tiap kali abang n akak aku yg sorang ag blek umah.. dorang akan belikan aku komik doraemon. dlu kalu abg aku kura.. n aku nk ikut. dyer x bg.. dyer akan ckp.. 'nnti abg belikn
buku doraemon. adik ikut abg x beli'
ok2.. doraemon ppunyer psal.. x ikut la..
hehehe
n3 ni..
sajer jer nk cter betapa fanatik ny
a aku ngn bulat2 biru nieyh..
heheheh
..
ok2... now.. lets check out the pictures..:: ni la hero2 aku mser kecik2.. sker sngat2 tengok dorunk2 nieyh ::



:: kalu ada cam ni kat malaysia.. aku nak bergambar puas2.. astu tunjuk kat anak2 aku.. betapa fanatiknya mama dorang ngan kartun nieyh ::


:: aku nk kucing macam ni.. ok x kalu aku cat kucing2 aku kat umah ni dengan kaler biru cm ni? ::


:: bubye ::

Friday, December 24, 2010

kenangan bersamu kasih...

tajuk n3 aku kali ni memang tak ada kaitan dengan sesaper yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia..
heheh..
sebenarnya.. aku ni baru je balik dari makan kenduri..
siap solat tadi.. terus terpikir nak story2 ngn u all psal kenangan aku masa dulu2 la..
heheh..
dh lumrah alam kan.
perempuan ni lagi cepat matang dari lelaki..
hahah.. kenapa aku cakp cam ni..
sebab ni aku nak cter.. tadi masa dekat kenduri..
ku ketemu dengan kekasih lama.. aiseyh.. x leyh blah kn ayat..
hahaha..
actually xder la kekasih lama pon.. ntah la nk ckp kekasih lama ker.. aper ker..
tapi dlu.. yer ar.. masa tu aku darjah 6.. yer2.. gatal kan? hahahah..
well..naluri nak sukakan lelaki tu ada dahla..
hehhe..
n mamat ni satu kampung dengan aku ugak..
beser la kan budak2.. heheh.. tapi masa tu aku x ingat la plak mamat ni umur baper.. tpi for sure dah hbis sekolah la.. gler advance x aku masa dlu2.. hehehehe...
so.. ktorang berkenalan..
n dyer selalu col aku la.. ok.. masa tu x der hp ag.. so.. mcm biasa la.. pkai fon umah.. mser tu umah aku pkai cordless fon.. so.. asal dyer col jerk.. lari masuk dalm bilik.. heheh.. berterusan la sampai akau from 1..
tapi since masa form tu aku masuk asrama... so.. xder la nk contact2 dh kan.. heheh.. so kisah aku ngn dyer senyap macam tu jer la..
tp ada few times terserempak if aku balik umah kan.. tapi xder la nak tegur2.. since aku masa tu dah malu2 meow2.. hehhehe
tber2.. tadi.. terserempak dengan mamat tu plak..
dia dah kawen k.. dah ada anak dah pon..
anak dyer tahun depan masuk tadika.. (5 tahun)..
hehehe
actually masa dyer kawen dyer ad jemput aku..
tapi aku x g pon.. yg g abah n mama aku jer..
kenapa xnk pegi? mlas ler.. aku mser sekolah menengah dlu.. kalau bukan sebab mama paksa.. memang aku malas.. sebab aku aser cam x best jerk.. hehehh
anak dyer siyes cute.. pkai tudung.. pergh.. comey glerz.. heheheh..
wife dyer salam aku.. anak2 dyer salam aku.. jeng2.. dyer xder la plak nk salam aku.. wife dyer lak.. xkenal aku kot.. hehehe..
mata aku lak kan.. gedix sngguh g pandang dyer tu kenapa.. heheh.. pastu masa nak balik tai.. berselisih dengan dia.. dengan selamba badak ayam dyer jerk.. dyer ckp cm gni..
'kalau tau na mcm ni pnyer hot. dlu ****** tnggu jer na hbis belajar'
lalalal.. aku senyum n wat x tau jer la.. heheheh.. dlm hati.. gelak guling2 kau..
ha.. tapi tu la. tu dyer tu.. cinta monyet aku.. bukan aku bercinta dengan monyet yer.. harap maklum.. heheh
aku cerita ni.. just sjer2.. nk share.. xder org nk bac pun aku x kesah. hehehe.. ad org bcer.. ag ler aku suker sesangat2...
kirenyer.. mser lalu aku tuh.. memang btol2 dh berlalu.. ha.. dh dewasa dah aku ni rupanya.. cuma..
perangai aku jer kot yang x matang2.. hehheeh..
aper2 pon.. life must go on.. k lah.. nk layan game lak...

hanya kamu #3

Dengan muka yang merah padam, Natasha masuk ke bilik pengawas. Haikal dan Azman terkejut..

“Kenapa?” Azman segeran bertanya sebaik sahaja Natasha duduk berhadapan dengannya.

“Hantu…”

“Apa dia buat?” sela Haikal.

“Betul-betul buat aku malu.” Ujar Natasha. “Aku suruh dia masukkan baju. Tau apa dia kata? ‘Cik Tasha tolonglah masukkan. Tentu seronok.’!”

Azman dan Haikal teringin ketawa mendengar Natasha mengajuk cakap Iskandar, tetapi ditahan. Bimbang nanti Natasha akan bertambah marah.

“Aku report kat Cikgu Malik. Tapi bujang terlajak tu memang betul-betul lembab. Dia boleh buat tak tahu saja!”

“Tak baik kau cakap mcam tu Tasha. Kalau dia dengar..”

“Habis aku nak cakap apa? Memand dia lembab, takkan aku nak kata dia baik!” Natasha memintas kata-kata Haikal.

“Kau tu.. Garang sangat..”

“Jadi aku mesti lembik macam kau? Jadi ketua pengawas tapi Nampak orang buat salah. Pejam mata je. Pengecut!”

“Kasar cakap kau tu Tasha” Azman cuba mempertahankan maruahnya.

“Aku cakap memang kasar. Tapi apa aku cakap memang betul kan?”

“Aku tak tahulah kau ni perempuan jenis apa. Tak pernah nak mengalah. Asyik nak menang je.” Azman bangun dan bersedia mahu keluar dari bilik itu.

“Mengalah sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Macam tu?”

Azman terus beredar dari situ dan Haikal mengekorinya. Natasha menyandarkan kepalanya ke dinidng. Matanya dipejamkan.

‘Tuhan, berilah aku ketabahan’ Natasha bermohon di dalam hati.

“Tasha!”

Natasha tersentak lantas menoleh. Jazmina tercegat di situ.

“Ada apa?”

Jazmina duduk di sebelah Natasha.

“aku dengar kau bertengkar dengan Azman tadi. Apa masalah?”

“Masalah biasa je Mina”

Jazmina hanya mampu terdiam.

“Sampai sekarang aku masihtak tahu kenapa Cikgu Malek boleh lantik si Azman tu jadi ketua pengawas. Dia lembab, pengecut, tak tahu buat kerja!”

Jazmina masih mendiamkan diri. Dia berasa tidak perlu untuk dia mnokok-tambah apa-apayang dikatakan oleh Natasha. Untuk beberapa minit. Kedua-dua mereka masih senyap. Sepi menakluk ruang bilik pengawas yang sempit itu.

“Tasha, kau jangan marah kalau aku cakap”

“Apa hal?”

“Is sebarkan cerita memburuk-burukkan kau. Kononnya kau jatuh cinta..”

“Aku dah dengar semuanya.” Natasha tersenyum pahit. “Dia fikir aku takut. Jangan haraplah. Dalam mimpi pun belum tentu.dasar hantu!”

“Hantu? Sape?”

“Anak Tan Sri tu la, harap muka jer hensem. Perangai mengalahkan hantu!”

“Oh.. Kau berkenan dengan muka dia yang hensem tu la yer?” Jazmina cuba bergurau dengan hasrat mahu mengendurkan ketegangan yang menguasai Natasha.

“Aku tak berkenan dengan perangainya.”

“Maksudnya, kau berkenan la yer dengan mukanya yang hensem tu yer?”

Natasha memandang Jazmina. “Dengar sini. Lebih baik aku tengok muka beruk dari aku tengok muka lelaki hensem yang perangainya mengalahakn hantu!”

Jazmina hanya tersenyum. Terasa lucu dengan kata-katan Natasha. Tetapi, kemudiannya Jazmina segera bangun. “Hampir saja terlupa, ada janji dengan Cikgu Fatimah”

“Pergilah”

Dan Natasha keseorangan semula di bilik pengawas. Sepi menjajah suasana.

- Iskandar

- Fahmi

- Iskandar

- Fahmi

Paras rupa bagaikan pelanduk dua serupa. Perangai, Oh Tuhan, umpama langit dan bumi! Bisik hati kecil Natasha. Tiba-tiba sahaja dia merasakan seperti ada kesedihan yang menusuk ke dalam hatinya. Dan kesedihan cepat benar berkembang.

“Hai!”

Natasha terkejut. Pondan sorang ni memang tak boleh tengok aku senang! Rungut hati Natasha apabila terpandangkan Roslan yang menuju ke arahnya.

“Penat ker?” Roslan melabuhkan punggungnya di atas kerusi bertentangan dengan Natasha.

“Fikiran aku kacau!”

“Itulah kau. Strict sangat. Kepala sakit, musuh bertambah. Tengok aku. Relax jer”

“Kau memang tak layak jadi pengawas!” Natasha mengutuk tanpa berselindung.

Roslan hanya tertwa mendengar kutukan yang bukan kali pertama di dengarnya.

“Lelaki lemah lembut macam kau ni paling layak jadi pengasuh budak-budak je”

“Eisyk. Dasyatlah kau ni Tasha.” Tingkah Roslan tapi masih ada senyum meleret di wajahnya. Terasa ada rasa bahagia menyusup ke dalam hati walaupun dikutuk begitu teruk. Entah mengapa, Roslan tidak pasti.

Natasha diam, malas melayani Roslan. Matanya tertancap pada senarai nama pengawas yang tertampal di papan kenyataan.

“Tasha, Sabtu ni kita pergi tengok wayang nak?”

Natasha tidak menunjukkan sebarang reaksi.

“Cerita dia orang cakap best. Jom lah. Relax la sikit. Tenangkan fikiran kau yang tengah bererabut tuh”

“Malaslah.”

“Dah ada janji dengan orang lain agaknya?” ada nada merajuk dan cemburu dalam suara Roslan.

“Sorry Lan, aku tak minat nak tengok wayang bagai!”

“Tak apalah, mungkin lain kali kau akan terima pelawaanku”

Roslan mahu keluar dari bilik pengawas itu tapi terserempak pula dengan Jazmina di muka pintu.

“Hai!” tegur Roslan lalu terus beredar.

Jazmina menghampiri Natasha, “Datang merayu lagi?”

“Aku belum lupa bumi yang aku pijak Mina!”

“Pelik la. Ramai orang kata kau garang macam singa. Tak berani nak tegur kau. Tapi si Roslan tu. Tak jemu-jemu merayu cinta kau!”

“Cinta?” Natasha merenung muka Jazmina. “Perlukah kita memikirkan pasal cinta?”

Dan Natasha berlalu. Sekali lagi wajah Fahmi menerpa ke ruang ingatannya, dan menyiramkan kepedihan di hati.

“Tasha! Tunggu aku!”

Wednesday, December 22, 2010

kurang sihat..

hari ni x smpat nk update my novel..
n x smpt nk wat any new n3...
semoga esok sihat2 ajer tuk berblogging semula... nyte all..

Tuesday, December 21, 2010

apa itu sahabat...

aku seorang yang sangat peramah.. aku mudah mesra dengan saper2 jerk.. tp once aku dh terkeciwa.. susah la kn.. heheheheh
ok2.. back to topic..
dr sekolah rendah.. aku memang sangat2 sayangkan sa
habat aku... mser aku kecik2.. aku ad sorang bestfren.. lelaki.. nama dyer AZRI.. aku ngn dyer.. mmg ngam gler.. mkan pun mak aku suap.. kitorng mkan samer2.. g tangkap belalang samer2.. mcm2 ag la.. tp since aku ikut abah aku pindah.. kitorang dah lost contact.. sekarang la bru ketemu kembali.. eh2.. dh melalut ni..
back to the topic.. awat la sker merepek sangat hari ni..
ok2.. apa itu sahabat.. ini semua hanyalah dari sudut pandangan aku.. setiap orang mungkin ada pandangan yang berbeza..
so bagi aku.. sahabat tu.. seseorang yang selalu membe
tulkan kesalahan kita..
yang sentiasa di samping kita waktu
kita susah n senang..
sentiasa ad di sisi kita waktu kita perlukan mereka..
so.. dlam kes aku.. adalah 3 orang yang aku sangat2 sayang n kalu boleh aku nak satu rumah ngn dorang sampai bila2.. (kecuali if dah bersuami kan ) heheheh
ni la mereka2 tuh...



:: Nor Farhana bin
ti Nordin ::
dia ni antara insan2 terawl yang aku kenal masa aku masuk kolej dlu..



:: Haizatul Asyikin binti Haru
n ::
yang ini jugak.. antara insan terawal yang aku kenal..



:: Azrin binti Mohd Hafiedz ::
yang ini bukan terawal.. heheh.. tp antara yang terapat dengan aku ler..

sebenarnya.. x banyak yang aku nak cerita psal mereka2 nih.. tapi aku nak meluahkan sesuatu untuk mereka2 nih..
"Ana, Kin n Rin.. thanx sebab sudi jadi kawan na.. xtahu la if korang terpaksa lak kan.. hehehe.. tapi.. na mungkin x akan jumpa kawan yang macam korang.. korang dah banyak dengan na.. saat2 na susah n senang.. korang dah banyak betulkan kesalahn na.. ana n kin.. na tau.. dr first sem ag.. banyak yang na dah buat korang sakit hati or terasa.. na mintak maaf sangat atas semua kekhilafan na.. sekarang baru na tau.. erti sahabat sebenar.. walaupun macam2 yang jadi dekat kita... korang still baik dengan na.. na x tau la nak cakap macam mana.. kita pernah bergaduh sampai x bertegur berhari2.. tapi akhirnya kita tetap akan baik semula.. korang selalu support na if korang rasa benda tu x mudaratkan na.. na sayang sangat kat korang.. na harap sangat yang Tuhan akan kurniakan na sahabat yang macam korang lagi.. tapi x bermakna yang korang dah tak bermakna dalam hidup na.. korang bermakna sangat2.. tak kan ada yang boleh ganti tempat korang dekat hati na.. thanx again sebab sudi jadi kawan na... maafkan semua salah na pada korang dari mula2 kita kenal sampai sekarang.. halalkan makan minum na sepanjang na dengan korang.. kalau bole.. na ad permintaan.. bolehkan kita kawan sampai bila2?"

if korang baca nih. just nak korang tau.. n3 ni na buat special n khas untuk korang... sayang korang sesangat.. sorry.. ciplak picture dar fb korang.. heheheh...



perempuan oh perempuan...

n3 kali ni.. just nk share jerk..
apa yang aku rasa.. so.. semua ni pendapat aku semata. x ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang dah meninggal dunia.
perempuan ni.. boleh jadi manusia yang sangat lembut n cepat tersentuh hatinya..
namun, jangan ambil kesempatan untuk terus menerus menyakitkan hati mereka.
kerana pada satu tahap...
bila hati n perasaan mereka sudah tidak mampu menerima sebarang kekecewaan or diorang dah tak sanggup dilukai...
masa tu..
xkan ada maaf lagi buat korang..yer..
memaafkan tu memang satu sifat yang mulia...
tapi.. memberi kemaafan bukan bermakna korang akan diterima seperti dulu..
n so just imagine..
kalau korang dah dapt berpuluh-puluh peluang tapi korang tetap teruskan aktiviti korang menyakitkan hati gurl tuh..
ok.. letakkan situasi ni mcm ni..
masa mula2 korang kenal.. cinta dia pada korang 100%...
sekali korang lukakan hati dia.. yer.. dia maafkan..
tapi sayang tu akan berkurang n berkurang seiring dengan semakin banyak korang sakitkan hati pasangan korang..
hurm..
so.. andai satu tahap..
bila dia dah tak mampu nak memaafkan n menerima korang mcam dulu..
terimalah kenyataan..
mungkin ianya akan menjadi pengajaran untuk hubungan korang yang seterusnya..
kematangan itu perlu.. jangan terlalu childish dlam perhubungan..



missmatahariey said :: menulis melalui pengalaman...

video baby

before nengok/nonton video ni.. sila ke bahagian bawh blog n pausekn lagu itu.. :)


sajer je nak upload video baby2 comel.. heheh.. dlu mser practical aku kener pratical kat nursery.. so.. ni antara baby2 yang dlam jagaan aku la... dalam banyak2 baby ni.. aku paling rindu yang first dlm video ni n baby yg suker gelak dlm video ni.. yg len tu x baper nk rindu.. heheheheh

video

Monday, December 20, 2010

anak patung?


ada sumone said muka aku tyme ni cam anak patung.. heheheh.. xder makanenyer anak patung gemuk cam gni an..
hahah.. kenapa cerita psal nieyh? sebab xtau nk story aper tuk wat n3 bru.. lallalalaala.. huhuhu..
tp kalu xmau baca pun.. x per la... uhuk2...




hanya kamu #2

Iskandar menyedut rokok yang tinggal separuh itu dalam-dalam sebelum dihulurkan kepada Aris. Kemudian perlahan-lahan dia menghembuskan asap rokok itu. Hatinya puas melihat asap yang berkepul-kepul naik sebelum melarut ke dalam udara.

“Zali, jaga pintu!” suruh Alan sebaik sahaja dia menerima giliran untuk menghisap rokok.

“Tak payah jagalah. Semua pengawas sekolah ni pengecut!” tingkah Iskandar.

“Kecuali Natasha!” sampuk Muhsin.

“Tapi dia tak boleh masuk ke sini” selan Alan.

“Macam mana kalau aku ajak dia dating sini?” Iskandar memandang rakan-rakannya.

“Aku tumpang sekaki,” pantas Aris menyampuk.

“Aku panggil tok kadi,” ujar Muhsin pula.

Iskandar hanya tertawa mendengar kata-kata Muhsin. Teman-teman yang lain hanya tersenyum-senyum.

“Dia hitam macam negro. Aku putih. Kontras sangat la weyh” ujar Iskandar lalu keluar dari tandas. Teman-temannya yang lain hanya mengekorinya.

Tidak lama kemudian mereka telah berkumpul di bawah pokok di tepi padang. Langit cerah ketika itu. Bebrapa tompok awanputih kelihatan umpama gumpalan kapas yang berapungan.

“Aku memang geram pada Tasha!” luah Iskandar.

“Sebab dia solid ya?” sela Aris.

“Otak kau memang x senonoh la weyh,” pintas Iskandar. “Aku geram sebab dia tu berani sangat.selalu aku kena tegur. Semua salah. Kalau pengawas lain semua takut dengan aku. Tapi dia, wat tak tahu je. Lagi bising adalah.”

“Memang dia berani.” Alan mengakui.

“Tapi aku tak takut. Aku mesti ajar dia!”

“Ajar?” Muhsin merenung tepat ke muka Iskandar.

“Biar dia tahu siapa aku. Ini Iskandar. Anak Tan Sri Amir!” Jelas Iskandar sambil menepuk bangga dadanya.

“Bagaimana?” Tanya Razali.

“Bagaiman apa?”tanya Iskandar kembali?

“Bagaimana kau nak ajar perempuan yang garang tu?” Razali mengulang pertanyaannya.

“Ini yang aku sedang fikirkan. Kau orang bagilah idea!” Desak Iskandar.

“Pancitkan tayar motor dia!” pantas Muhsin memberikan cadangan.

“Macam idea budak tingkatan satu. Tapi masih boleh diterima pakai.”

Muhsin tersengih-sengih mendengar kata-kata Iskandar. Cakap Iskandar jangan dibantah kalau nak makan free dan nak merasa main snooker free.

“Ugut dia!” kata Aris tiba-tiba.

“Dia tak takut. Dia selalu kata. Yang dia takut hanya Allah,” sampuk Razali, membantah cadangan Aris yang berbadan tegap.

“Ha!! Aku ada cara” kata Alan separuh menjerit sambil memetik jarinya.

“Kau kasi malu dekat dia. Kau buatlah cerita kononnya dia tergila-gilakan kau. Tapi kau tak layan. Sebab tu dia selalu cari salah kau. Sebab dia nak balas dendam. Semua orang tahu kan. Kau student lelaki paling top kat sekolah ni” terang Alan dengan panjang lebar.

“Kalau dia wat tak tahu jer macam mana?”soal Razali.

“Ah! Kita cuba la dulu. Tak cuba macam mana nak tahu.”kata Lani mempertahankan cadangannya.

“Ya. Aku nak try dulu. Kalau tak jalan jugak. Kita cari la idea lain untuk kenakan dia!”

Sewaktu hendak masuk ke kelas, Iskandar melihat Natasha berjalan sendiri dari arah bangunan C.

“Aku nak jumpa dia!” kata Iskandar mempercepatkan langkah menghampiri Natasha. Rakan-rakannya yang lain kehairanan.

“Tasha!”

Natasha berhenti dan berpaling kea rah Iskandar. Dia kelihatan sangat tenang menanti kehadiran lelaki yang tinggi lampai itu.

“Kenapa kau selalu cari salah aku? Kenapa kau bensi sangat pada aku?” tanya Iskandar kepada Natasha.dia sendiri tidak mengerti kenapa soalan itu yang terkeluar dari mulutnya.

“Kau fikir aku bencikan kau?”

“Kau selalu cari salah aku. Itu buktinya.”

“Memang kau buat salah. Mestikah aku tutup mulut dan tutup mata tengok kau buat salah?”

Iskandar terdiam.

“Aku pernah dengar ayah kau berucap. Cakapnya lembut. Penuh dengan kata-kata nasihat. Tapi saying, anak dia sendir macam hantu!”

“Kau jangan nak cakap sebarangan Tasha”

“Jadi apa bandingan yang paling sesuai untuk orang macam kau selain hantu, pelesit, jembalang.”

“Semua dah kau buat. Ponteng, datang lewat. Merokok, mengugut, kurang ajar,..” Belum sempat Natasha menghabiskan kata-katanya.

“Cukup!!”

“Aku bukan perempuan yang akan gentar bila dengar tenkingan lelaki hantu mcam kau!”Natasha terus berlalu meninggalkan Iskandar yang masih terpinga-pinga.

Iskandar trpempan melihat Natasha beredar ke kelas. Rakan-rakannya yang lain segera mendapatkannya.

“Aku.. Aku dengar dia panggil kau hantu!” kata Alan.

Iskandar mengetap bibir dan menggenggam tangan kanannya. Suatu hari nanti kau mesti kenal siapa Is anak Tan Sri Amir.