Friday, December 24, 2010

hanya kamu #3

Dengan muka yang merah padam, Natasha masuk ke bilik pengawas. Haikal dan Azman terkejut..

“Kenapa?” Azman segeran bertanya sebaik sahaja Natasha duduk berhadapan dengannya.

“Hantu…”

“Apa dia buat?” sela Haikal.

“Betul-betul buat aku malu.” Ujar Natasha. “Aku suruh dia masukkan baju. Tau apa dia kata? ‘Cik Tasha tolonglah masukkan. Tentu seronok.’!”

Azman dan Haikal teringin ketawa mendengar Natasha mengajuk cakap Iskandar, tetapi ditahan. Bimbang nanti Natasha akan bertambah marah.

“Aku report kat Cikgu Malik. Tapi bujang terlajak tu memang betul-betul lembab. Dia boleh buat tak tahu saja!”

“Tak baik kau cakap mcam tu Tasha. Kalau dia dengar..”

“Habis aku nak cakap apa? Memand dia lembab, takkan aku nak kata dia baik!” Natasha memintas kata-kata Haikal.

“Kau tu.. Garang sangat..”

“Jadi aku mesti lembik macam kau? Jadi ketua pengawas tapi Nampak orang buat salah. Pejam mata je. Pengecut!”

“Kasar cakap kau tu Tasha” Azman cuba mempertahankan maruahnya.

“Aku cakap memang kasar. Tapi apa aku cakap memang betul kan?”

“Aku tak tahulah kau ni perempuan jenis apa. Tak pernah nak mengalah. Asyik nak menang je.” Azman bangun dan bersedia mahu keluar dari bilik itu.

“Mengalah sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Macam tu?”

Azman terus beredar dari situ dan Haikal mengekorinya. Natasha menyandarkan kepalanya ke dinidng. Matanya dipejamkan.

‘Tuhan, berilah aku ketabahan’ Natasha bermohon di dalam hati.

“Tasha!”

Natasha tersentak lantas menoleh. Jazmina tercegat di situ.

“Ada apa?”

Jazmina duduk di sebelah Natasha.

“aku dengar kau bertengkar dengan Azman tadi. Apa masalah?”

“Masalah biasa je Mina”

Jazmina hanya mampu terdiam.

“Sampai sekarang aku masihtak tahu kenapa Cikgu Malek boleh lantik si Azman tu jadi ketua pengawas. Dia lembab, pengecut, tak tahu buat kerja!”

Jazmina masih mendiamkan diri. Dia berasa tidak perlu untuk dia mnokok-tambah apa-apayang dikatakan oleh Natasha. Untuk beberapa minit. Kedua-dua mereka masih senyap. Sepi menakluk ruang bilik pengawas yang sempit itu.

“Tasha, kau jangan marah kalau aku cakap”

“Apa hal?”

“Is sebarkan cerita memburuk-burukkan kau. Kononnya kau jatuh cinta..”

“Aku dah dengar semuanya.” Natasha tersenyum pahit. “Dia fikir aku takut. Jangan haraplah. Dalam mimpi pun belum tentu.dasar hantu!”

“Hantu? Sape?”

“Anak Tan Sri tu la, harap muka jer hensem. Perangai mengalahkan hantu!”

“Oh.. Kau berkenan dengan muka dia yang hensem tu la yer?” Jazmina cuba bergurau dengan hasrat mahu mengendurkan ketegangan yang menguasai Natasha.

“Aku tak berkenan dengan perangainya.”

“Maksudnya, kau berkenan la yer dengan mukanya yang hensem tu yer?”

Natasha memandang Jazmina. “Dengar sini. Lebih baik aku tengok muka beruk dari aku tengok muka lelaki hensem yang perangainya mengalahakn hantu!”

Jazmina hanya tersenyum. Terasa lucu dengan kata-katan Natasha. Tetapi, kemudiannya Jazmina segera bangun. “Hampir saja terlupa, ada janji dengan Cikgu Fatimah”

“Pergilah”

Dan Natasha keseorangan semula di bilik pengawas. Sepi menjajah suasana.

- Iskandar

- Fahmi

- Iskandar

- Fahmi

Paras rupa bagaikan pelanduk dua serupa. Perangai, Oh Tuhan, umpama langit dan bumi! Bisik hati kecil Natasha. Tiba-tiba sahaja dia merasakan seperti ada kesedihan yang menusuk ke dalam hatinya. Dan kesedihan cepat benar berkembang.

“Hai!”

Natasha terkejut. Pondan sorang ni memang tak boleh tengok aku senang! Rungut hati Natasha apabila terpandangkan Roslan yang menuju ke arahnya.

“Penat ker?” Roslan melabuhkan punggungnya di atas kerusi bertentangan dengan Natasha.

“Fikiran aku kacau!”

“Itulah kau. Strict sangat. Kepala sakit, musuh bertambah. Tengok aku. Relax jer”

“Kau memang tak layak jadi pengawas!” Natasha mengutuk tanpa berselindung.

Roslan hanya tertwa mendengar kutukan yang bukan kali pertama di dengarnya.

“Lelaki lemah lembut macam kau ni paling layak jadi pengasuh budak-budak je”

“Eisyk. Dasyatlah kau ni Tasha.” Tingkah Roslan tapi masih ada senyum meleret di wajahnya. Terasa ada rasa bahagia menyusup ke dalam hati walaupun dikutuk begitu teruk. Entah mengapa, Roslan tidak pasti.

Natasha diam, malas melayani Roslan. Matanya tertancap pada senarai nama pengawas yang tertampal di papan kenyataan.

“Tasha, Sabtu ni kita pergi tengok wayang nak?”

Natasha tidak menunjukkan sebarang reaksi.

“Cerita dia orang cakap best. Jom lah. Relax la sikit. Tenangkan fikiran kau yang tengah bererabut tuh”

“Malaslah.”

“Dah ada janji dengan orang lain agaknya?” ada nada merajuk dan cemburu dalam suara Roslan.

“Sorry Lan, aku tak minat nak tengok wayang bagai!”

“Tak apalah, mungkin lain kali kau akan terima pelawaanku”

Roslan mahu keluar dari bilik pengawas itu tapi terserempak pula dengan Jazmina di muka pintu.

“Hai!” tegur Roslan lalu terus beredar.

Jazmina menghampiri Natasha, “Datang merayu lagi?”

“Aku belum lupa bumi yang aku pijak Mina!”

“Pelik la. Ramai orang kata kau garang macam singa. Tak berani nak tegur kau. Tapi si Roslan tu. Tak jemu-jemu merayu cinta kau!”

“Cinta?” Natasha merenung muka Jazmina. “Perlukah kita memikirkan pasal cinta?”

Dan Natasha berlalu. Sekali lagi wajah Fahmi menerpa ke ruang ingatannya, dan menyiramkan kepedihan di hati.

“Tasha! Tunggu aku!”

No comments:

Post a Comment