Monday, December 20, 2010

hanya kamu #2

Iskandar menyedut rokok yang tinggal separuh itu dalam-dalam sebelum dihulurkan kepada Aris. Kemudian perlahan-lahan dia menghembuskan asap rokok itu. Hatinya puas melihat asap yang berkepul-kepul naik sebelum melarut ke dalam udara.

“Zali, jaga pintu!” suruh Alan sebaik sahaja dia menerima giliran untuk menghisap rokok.

“Tak payah jagalah. Semua pengawas sekolah ni pengecut!” tingkah Iskandar.

“Kecuali Natasha!” sampuk Muhsin.

“Tapi dia tak boleh masuk ke sini” selan Alan.

“Macam mana kalau aku ajak dia dating sini?” Iskandar memandang rakan-rakannya.

“Aku tumpang sekaki,” pantas Aris menyampuk.

“Aku panggil tok kadi,” ujar Muhsin pula.

Iskandar hanya tertawa mendengar kata-kata Muhsin. Teman-teman yang lain hanya tersenyum-senyum.

“Dia hitam macam negro. Aku putih. Kontras sangat la weyh” ujar Iskandar lalu keluar dari tandas. Teman-temannya yang lain hanya mengekorinya.

Tidak lama kemudian mereka telah berkumpul di bawah pokok di tepi padang. Langit cerah ketika itu. Bebrapa tompok awanputih kelihatan umpama gumpalan kapas yang berapungan.

“Aku memang geram pada Tasha!” luah Iskandar.

“Sebab dia solid ya?” sela Aris.

“Otak kau memang x senonoh la weyh,” pintas Iskandar. “Aku geram sebab dia tu berani sangat.selalu aku kena tegur. Semua salah. Kalau pengawas lain semua takut dengan aku. Tapi dia, wat tak tahu je. Lagi bising adalah.”

“Memang dia berani.” Alan mengakui.

“Tapi aku tak takut. Aku mesti ajar dia!”

“Ajar?” Muhsin merenung tepat ke muka Iskandar.

“Biar dia tahu siapa aku. Ini Iskandar. Anak Tan Sri Amir!” Jelas Iskandar sambil menepuk bangga dadanya.

“Bagaimana?” Tanya Razali.

“Bagaiman apa?”tanya Iskandar kembali?

“Bagaimana kau nak ajar perempuan yang garang tu?” Razali mengulang pertanyaannya.

“Ini yang aku sedang fikirkan. Kau orang bagilah idea!” Desak Iskandar.

“Pancitkan tayar motor dia!” pantas Muhsin memberikan cadangan.

“Macam idea budak tingkatan satu. Tapi masih boleh diterima pakai.”

Muhsin tersengih-sengih mendengar kata-kata Iskandar. Cakap Iskandar jangan dibantah kalau nak makan free dan nak merasa main snooker free.

“Ugut dia!” kata Aris tiba-tiba.

“Dia tak takut. Dia selalu kata. Yang dia takut hanya Allah,” sampuk Razali, membantah cadangan Aris yang berbadan tegap.

“Ha!! Aku ada cara” kata Alan separuh menjerit sambil memetik jarinya.

“Kau kasi malu dekat dia. Kau buatlah cerita kononnya dia tergila-gilakan kau. Tapi kau tak layan. Sebab tu dia selalu cari salah kau. Sebab dia nak balas dendam. Semua orang tahu kan. Kau student lelaki paling top kat sekolah ni” terang Alan dengan panjang lebar.

“Kalau dia wat tak tahu jer macam mana?”soal Razali.

“Ah! Kita cuba la dulu. Tak cuba macam mana nak tahu.”kata Lani mempertahankan cadangannya.

“Ya. Aku nak try dulu. Kalau tak jalan jugak. Kita cari la idea lain untuk kenakan dia!”

Sewaktu hendak masuk ke kelas, Iskandar melihat Natasha berjalan sendiri dari arah bangunan C.

“Aku nak jumpa dia!” kata Iskandar mempercepatkan langkah menghampiri Natasha. Rakan-rakannya yang lain kehairanan.

“Tasha!”

Natasha berhenti dan berpaling kea rah Iskandar. Dia kelihatan sangat tenang menanti kehadiran lelaki yang tinggi lampai itu.

“Kenapa kau selalu cari salah aku? Kenapa kau bensi sangat pada aku?” tanya Iskandar kepada Natasha.dia sendiri tidak mengerti kenapa soalan itu yang terkeluar dari mulutnya.

“Kau fikir aku bencikan kau?”

“Kau selalu cari salah aku. Itu buktinya.”

“Memang kau buat salah. Mestikah aku tutup mulut dan tutup mata tengok kau buat salah?”

Iskandar terdiam.

“Aku pernah dengar ayah kau berucap. Cakapnya lembut. Penuh dengan kata-kata nasihat. Tapi saying, anak dia sendir macam hantu!”

“Kau jangan nak cakap sebarangan Tasha”

“Jadi apa bandingan yang paling sesuai untuk orang macam kau selain hantu, pelesit, jembalang.”

“Semua dah kau buat. Ponteng, datang lewat. Merokok, mengugut, kurang ajar,..” Belum sempat Natasha menghabiskan kata-katanya.

“Cukup!!”

“Aku bukan perempuan yang akan gentar bila dengar tenkingan lelaki hantu mcam kau!”Natasha terus berlalu meninggalkan Iskandar yang masih terpinga-pinga.

Iskandar trpempan melihat Natasha beredar ke kelas. Rakan-rakannya yang lain segera mendapatkannya.

“Aku.. Aku dengar dia panggil kau hantu!” kata Alan.

Iskandar mengetap bibir dan menggenggam tangan kanannya. Suatu hari nanti kau mesti kenal siapa Is anak Tan Sri Amir.

2 comments: