Dari sebelah timur, matahari pun bangkit dari tidur yang panjang, lalu melontarkan cahaya gemilangnya ke serata alam dan menghirup embun dingin di hujung daun-daun. Langit yang cerah seolah-olah melemparkan senyuman riang untuk semua penghuni alam, kecuali Haikal.
Haikal yang tinggi lampai kelihatan resah. Dalam uniform pengawas iaitu berbaju putih serta bertali leher hijau. Dia memang kelihatan tampan. Tetapi, ketampannya pada pagi itu dipudarkan oleh keresahan yang terpancar diwajahnya.
“Mengapalah Natasha yang ganti Faridah,” keluh Haikal, menjeling Natasha yang berdiri amat rapat dengan pintu pagar sekolah.
Sepatutnya dia bertugas bersama Faridah, tetapi gadis peramah itu tidak hadir ke sekolah kerana demam dan penggantinya, Natasha, seorang penolong ketus pengawas yang mahal senyumannya dan jarang lembut suaranya.
Haikal melihat jam tangannya. Nama Iskandar segera menyerbu dalam ruang pemikirannya ketika matanya asyik memerhatikan beberapa orang pelajar yang berjalan melepasi pagar sekolah. Dijelingnya Natasha an dia sedar, gadis berkulit hitam manis dan bermata cantik ini seorang pengawas yang sangat tegas, tidak boleh main-main.
“Peraturan dibuat untuk dipatuhi. Sebagai pengawas, kitalah yang mesti menjamin para pelajar mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan.” Teringat kembali kata-kata Natasha semasa majlis perlantikan ketua pengawas dan juga penolong ketua pengawas dulu. Dan itu hanya mempertingkatkan kegelisahan Haikal.
“Cukup masa!”
“Haikal tersentak lantas menoleh ke ara Natasha. Gadis berambut ikal mayang itu sedang menutup pintu pagar sekolah.
“Jom, balik ke kelas.”
“Err. Pergilah dulu.”
“Kau nak tunggu apa lagi?” Natasha merenung tajam kea rah Haikal. Kehairanan segera memagut hatinya.
“Err.. Err.. Err..” ternyata Haikal bukan seorang lelaki yang bijak menyembunyikan kegelisahan di hatinya.
Sebuah kereta BMW berhenti di tepi jalan. Pelajar yang baru turun dari kereta itu, berjalan sambil bersiul-siul menuju ke pintu pagar.
“Patutlah kau macam kucing nak beranak. Ini penyebab rupanya.”
Iskandar berdiri di luar, Natasha dan Haikal pula di sebelah dalam. Natasha merenung Iskandar. Iskandar berlagak selamba.
“Is. Tak perlu kau nak tayang dada kau pada aku!”
Iskandar tunduk melihat tiga butang baju sekolahnya yang teratas tidak terkancing, akan tetapi dia tiak berbuat apa-apa. Terus dibiarkan begitu sahaja.
“Masukkan baju kau tu. Bagi sebab kenapa kau lambat. Baru aku buka pinti pagar ini.”
Iskandar tersenyum nakal sebelum bersuara.
“Tasha, mata kau gila punya cantik. Tapi kan. Kenapa kau garang sangat?”
“Kau jangan nak main-main Is!” jerkah Natasha. Suhu kemarahannya sering meningkat apabila berdepan dengan pelajar lelaki yang kacak tetapi nakal itu.
Haikal Cuma mampu mendiamkan diri sahaja melihat gelagat kedua-dua orang rakannya.
“Cepat masukkan baju kau Is. Jangan nak buang masa!”
“Oh. Kau berlagak yer? Kau kenal siapa ayah aku?” ada nada keangkuhan dalam suara Iskandar.
“Siapa tak kenal Tan Sri Amir? Tapi aku peduli apa. Kau anak menteri ke, anak raja ke, sekolah ni ada undang-undang!”
Iskandar mengetap gigi menahan geram. Direnungnya Natasha tetapi dia berasa seperti ada kuasa yang tak terlawan dari sepasang mata yang cantik itu. Lantas dia memandang Haikal. Iskandar dapat membaca keresahan yang terpancar di wajah Haikal.
“Haikal!”
Haikal memandang Natasha dan kemudian Iskandar, tetapi masih belum berganjak.
“Haikal!” Iskandar menekan suaranya.
Bagaikan dirasuk, sepantas kilat Haikal menolak Natasha lalu membuka pintu pagar. Natasha hamper tersembam ke tanah. Mujur dia sempat memaut dawai pagar. Apabila sudaj mengawal dirinya semula, Natasha hanya mampu melihat Iskandar dan Haikal berjalan pantas menuju ke kelas mereka.
“Haikal!”
Haikal bagaikan tidak mendengar langsung jeritan Natasha. Dan Natasha berasa hatinya bagaikan digores dengan sembilu. Pedih yang tak terkata.
No comments:
Post a Comment