hai uoll...
as I told before.. I akan story mory pasal activity belajar untuk anakanda tersayang...
buat rujukan akan datang...
ok.. akitiviti hari ini adalah belajar ikut garisan aka writing practice..
tujuan?
untuk membiasakan jari jemari si kecik ni dengan lenggok bila menulis..
so untuk aktiviti hari ini.. yang diperlukan adalah seperti berikut;
gambar/bentuk dengan garisan putus-putus (online banyak free boleh print)
whiteboard marker
fail jernih
cara nak jayakan aktiviti ni senang je...
masukkan gambar yg dah kita cetak tu td dlm file yg jernih tu..
gunakan whiteboard marker ikut la garisan putus putus tersebut..
kenapa whiteboard marker n kenapa x buat atas kertas terus.
sebabnya dalam proses pembelajaran ni.. of course la budak perlukan banyak latihan.. bukan sekali buat terus dorang dapat buat dengan cun.
so kalau buat atas kertas terus kita akan gunakan kuantiti kertas yang agak banyak dalam tempoh nak memahirkan mereka..
so cara yang save budget macam ni la..
print la beberapa gambar.. tukar-tukar.. so dorang x boring..
whiteboard marker tu kalau dapat yang warna -warni pon menarik..
macam I kasi Raniya ni.. whiteboard marker jenama gsoft..
ok la walaupon warna yang ad x banyak sangat.. tp puas hati la..
so siapa yang nak cuba.. selamat mencuba..
kat bawah gambar budak rambut serabai baru bangun tido buat kerja.. heehhhe