Published with Blogger-droid v2.0.10
Friday, March 8, 2013
...NUR HUMAIRAH RANIYA...
entry kali ni adalah entry bergambar.. semua ni gambar Raniya dari umur sehari sampai sebulan.. :) sekejap jer rasa dah besar budak ni.. rindu nak rasa dia tendang2 dalam perut..
NUR HUMAIRAH RANIYA BINTI NOR HAFIEZ
05.02.2013 1257PM
3.9KG
HOSPITAL BESAR MELAKA
...pengalaman bersalin...
hye.. salam...
hri tu Na ad mention yang Na nak ceritakan pasal pengalaman Na bersalin kan/ n hari ni barulah berkesempatan nak bercerita.. entry ni adalah entry tiada gambar kerana menggunakan kelajuan internet yang kalau lumba lari dengan siput pon boleh klah..
04/02/2013
10.30 pm
~ mula rasa sakit pinggang.. tapi ingatkan sakit pinggang yang biasa.. maklumlah perut dah memboyot sesangat dah ni.. dengan selamba suruh incik Rummet sapu minyak angin sikit dekat area pinggang untuk kurangkan sakit pinggang tu kononnya..then tetber sakit tu hilang.. ok.. ingat dah x sakit dah la kan..
11.30 pm
~ sakit pinggang tu datang balik.. then teringat yang pernah terbaca sakit pnggang adalah satu daripada tanda nak bersalin.. tapi masa tu macam x confirm lagi since x pernah ada pengalaman bersalin kan.. mana nak tau macam mana sakit nak bersalin tu kan..
04/02/2013
12.30am
sakit pinggang yang kejap2 datang n kejap2 pergi tu datang balik.. then xtau nak tanya saper.. bukak fb dan bertanya pada sorang kawan yang dah ada pengalaman bersalin..
nasib baik dia tengah online.. yer la.. kalau nak call mama atau MIL time gini macam x kena plak kan.. pastu kawan tu tadi kata mungkin tanda nak bersalin kot.. n dia suruh tengok kekerapan sakit tu.. n dia kata cuba mandi n tido.. kalau boleh mandi n tido tu maksudnya belum lagi la tuh...
tapi na x mandi.. sebab Incik Rummet marah mandi tengah2 malam ni.. Na cuma g baringkan badan n cuba nak tido..
01.00 am
Incik rummet tanya sakit lagi ke? nak pegi hospital dah ker? Na cakap dengan dia belum lagi kot.. since bla na check Na memang xda turun darah ker.. air ker.. apa ker.. so x syak apa2 la Na pon..
Incik Rummet tido.. Na pon kononnya nak tido sekali la kan..
01.30am
terjaga sebab sakit perut lagi.. nak kejut Incik Rummet x smpai hati plak sebab tengok dia sedap jer tido.. biarkan jerk..
02.30am
baru nak terlelap then rasa sakit lagi.. aduhai.. masa ni memang dah x keruan dah ni.. macam2 perasaan ada time ni.. tapi still x kejut Incik Rummet lagi..
03.30am
rasa sakit u makin kerap n makin kuat.. masa ni Na rasa yang betullah Na akan bersalin.. tapi still x kejutkan Incik Rummet.. pada Na pagi nanti je la baru pegi hospital kalau sakit lagi kan..
04.30am
sakit memang sampai rasa kena pegang something untuk kurangkan rasa sakit tu... n time ni Na dah membuatkan Incik Rummet terjaga dari tido dia yang lena tu.. dia tanya sakit sangat dah ker? Na cakap la sakit..
tapi kami hold dulu...
07.30am
Incik Rummet call MIL bagitau yang Na sakit pinggang n sakit tu makin kerap n makin sakit.. apa nak buat ni... maklumlah kami dedua orang x pernah ada pengalaman sebelum ni.. setakat baca n tanya orang tu.. x sama perasaan dia.. MIL kata pergi hospital la.. macam tanda2 nak bersalin dah tu... so kami pon decide nak pergi hospital..
08.30am
dah siap mandi apa semua.. walaupun dalam keadaan sakit.. Na cakap la yang Na lapar.. nak makan dulu.. tapi x bernasib baik sungguh.. sakit yang terlampau kerap n x dapat nak tahan ni.. hasrat nak makan roti canai terpaksa dibatalkan jer..n kami pon meneruskan perjalan ke hospital terus..
09.00am
sampai hospital.. nak dijadikan cerita disebabkan pada waktu pagi, kami juga terpaksa menempuh beberapa kesesakan lalulintas.. maklumlahkan.. orang sibuk rushing nak pergi kerja time ni.. kami plak rushing nak pergi hospital.. huhuhuh.. sampai jer hospital Incik Rummet nak ambik kerusi roda tu nak tolak Na pergi tempat nak bersalin...
09.15am
sampai jer terus bagi buku pink.. nurse suruh pergi tukar baju dia nak check tekanan darah dan sebagainya.. bila panggil doktor.. doktor check.. jalan dah bukak 4cm masa ni.. so.. doktor suruh buat CTG untuk ambik bacaan jantung baby n bilangan kekerapan contraction...
09.30am
doktor scan perut n cakap baby agak besar.. scan berat baby 3.5kg.. doktor cakap selalu berat baby yang lahir akan kurang atau lebih 500gram.. dalam hati Na.. biarlah kurang jangan lebih.. tapi, disebabkan Na ni ada anemia.. doktor ni nak rujuk kepada pakar sakit puan samada Na boleh bersalin normal atau kena operate... sebab estimate baby besar n ni anak first plak tuh...
10.15am
nurse tolak Na masuk dalam labor room.. dalam labor room nurse berusaha nak pasangkan mesin CTG kat perut.. masa ni sakit memang dah x boleh nak cerita dah ni.. but tiap kali sakit tiap kali tu la Na baca ayat yang dah diberi untuk mengurangkan kesakitan..
10.30am
doktor check lagi bukaan jalan.. n masih 4cm.. doktor cakap ni petang nanti atau maam baru bersalin sebab selalu anak sulung jalan lambat bukak.. Na yang dengar ni.. sabar jer la.. redha jer la..
11.00 am
nurse berusaha nak ambik denyutan jantung baby n setiap kali dia datang check result mesti result ctg tu x cantik.. sebabnya Na x duduk diam.. hahahaha.. dah sakit wo.. mana bleyh nak duduk diam.. na x duk diam time contraction tu jer..
so doktor pon decide nak pecahkan air ketuban.. datanglah doktor pecahkan air ketuban...
11.30am
bila dah kadar denyutan jantung baby x dapat.. susahla untuk nurse n doktor patau kan.. so, doktor decide nak pasangkan internal CTG sementara tunggu pakar sakit puan sampai..
internal CTG ni akan dimasukkan dari bawah dan akan dipasangkan pada kepala baby..tapi nurse tak boleh nak pasangkan.. kena tunggu doktor.. so tunggulah doktor yang nak pasangkan tu n mesin tu.. sebab internal CTG ni jarang digunakan so mesin ni xda dalam labor room.. so kena la tunggu sekejap kan.. dalam pada tu, na yang dah sakit ni.. x habis2 baca ayat kursi la.. apa yang terkintas semua baca.. n masa tu Na mintak gas etanok dari nurse selepas menolak epidural dengan baiknya.. hehehehhe
12.15pm
doktor sampai nak masukkan internal CTG n nurse pon dah tunggu nak tolong pasangkan.. bila doktor check jer.. doktor cakap jalan dah bukak sepenuhnya.. sepenuhnya ok.. n masa ni doktor kata dah nampak kepala baby suku dah keluar.. hohohohoh.. hebat x baby ni? excited betol nak keluar.. n masa ni doktor tanya Na ready x nak meneran.. Na cakap boleh.. tapi Na nak husband.. so nurse pon pergilah panggil Incik Rummet yang tengah menunggu dekat luar tuh.. bila Incik Rummet masuk tu.. entah dari mana datang kekuatan untuk meneran walaupun masa tu Na memang xda tenaga...
mana nak ada tenaga kalau dari malam sebelum tu x makan..
12.30pm
mula menaran.. menaran dengan bersungguh.. dengan dorongan dari nurse, dari Incik Rummet sendiri..
12.57pm
rasa 'berdesup' ada benda keluar beserta dengan air yang sangat banyak.. lepas tu dah dengar suara.. n masa ni perasaan yang Na rasa sangat susah nak cerita.. seronok + sedih+ terharu + gembira.. eh macam2 perasaan la..
lagi perasaan x keruan bila nurse letakkan baby atas badan Na.. Ya Allah.. indahnya saat dan ketika itu... Tuhan je yang tau perasaan Na masa tuh...first time sentuh zuriat sendiri.. pertama kali menatap wajah yang selama ni Na dok bercakap dengan dia dari dalam perut jer.. tapi x boleh nak feeling lama2 ok.. nurse nak bawak baby pergi bersihkan.. n Na pon perlu dibersihkan jugak.. dibersihkan dari segala air n darah ler.. huhuhu
itu lah lebih kurang pengalaman Na bersalin kan puteri yang menjadi lambang cinta Na ngan Incik Rummet.. puteri yang diberi nama NUR HUMAIRAH RANIYA..
Incik Rummet kata Raniya lahir macam terapung.. huhuh.. sebab Raniya lahir diikuti dengan air.. bukan darah.. darah hanya keluar lepas doktor keluarkan uri.. n sejujurnya.. sakit bersalin tu hilang n lenyap macam kena tiup dengan angin btol2 lepas nurse letakkan Raniya dalam pangkuan Na.. hebatkan kuasa Allah?
oh.. sebagai pesanan.. kengkorang yang menunggu waktu n ketika tu. tolonglah jangan skip makan.. pastikan perut korang sentiasa kenyang.. kalau x jadi macam Na... xda tenaga nak teran, so terpaksa masukkan air untuk kasi Na tenaga... n yang lagi kesian.. Raniya lahir dalam keadaan kelaparan.. huhuhu.. kesian anak mama ni.. :)
ok la..
next entry kalau rajin Na cerita plak tentang pengalaman berpantang plak.. :)
sampai sini dulu k.. next time jumpa lagi.. bye..
Sunday, March 3, 2013
...bersalin sudah...
hye olls...
lama x mencoret n merapu kt blog ni kan...
n entry ni akan menjadi entry yang agak panjang mungkin..
atau ,ungkin secubit entry.. hahahaha..
apa la.. ad plak secubit entry...
5 Februari 2013 yang lepas... Na dh selamat melahirkan seorang puteri yang sangat sihat n comel....
Alhamdulillah...
n now Na dalam tempoh berpantang...
dah hari yang ke 27 Na berpantang....
x sabar nk hbis pantang...
ramai yang tanya tentang pengalaman Na masa bersalin hari tuh..
nanti Na buat satu entry untuk ceritakan pengalaman Na tu..
for now.. nak bagitau jerk.. Na dh selamat bersalin.. hehehe.. nnti entry pengalaman bersalin na letak pic baby k..
Subscribe to:
Posts (Atom)