hola alls...
ingat x on the last entry Na ada janji nak cter pasal fungsi2 makanan tambahan yang disarankan oleh En Doktor hri tuh?
ok.. tuk entry ni..
Na akan ceritakan pasal...
lecithin...
apa itu lecithin?
ecececeh.. dh mcm nak bersyarah depan public jer an..
ok..
lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier).
Lecithin boleh didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
berikut adalah antara fungsi2 lecithin...
- Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
(metabolisma yang tinggi sangat membantu dalam proses memcahkan lemak. so.. dengan sedikit senaman ianya akan lebih memabantu)
- Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
(bila badan dah berisi dengan lemak2 tepu dan juga lemak2 degil.. maka.. kadar kolestrol dalam darah pon akan bertambah. so.. lecithin mampu untuk membantu tubuh kita mengurangkan kadar koletrol dalam darah)
- Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
(seperti bakteria.. kolestrol dalam badan kita juga mempunyai 2 jenis iaitu kolestrol baik dan kolestrol jahat. dengan lecithin.. peningkatan kadar kolestrol baik dalam badan kita akan bertambah)
- Membantu kawal paras triglycerides
(trigylcerides tu apa? ianya adalah lemak yang terdapat pada bahagian jantung manusia.. lemak ini perlulah berada pada tahap yang terkawal supaya ianya tidak akan memberi masalah kepada jantung. kadar triglycerides yang tinggi boleh mengakibatkan serangan jantung)
- Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
(lecithin dapat membantu memecahkan lemak2 pada pembuluh darah. ini bermakan.. risiko untuk seseorang untuk berhadapan dengan serangan strok akan berkurang. ini kerana. strok berpunca daripada saluran / pembuluh darah yang tersumbat. owh. bukan tersumbat dengan sampah sarap mcm longkang tu.. tp tersumbat dengan lemak2 dan juga kolestrol2 td)
- Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
(bila dah mengurangkan kolestrol.. opkos la akan mengurangkan wujudnya masalah2 atau penyakit2 yang berpunca dari kadar kolestrol yang berlebihan)
- Lecitin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
(bile juga boleh didapati dalam susu yer.. tapi kandungan bile dalam produk tenusu adalah lebih sedikit berbanding dengan lecithin. ini kerana.. lecithin adalah ekstrak daripada bebrapa bahan yang mengandungi bile secara semulajadi)
- Fungsi utama lecitin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
(dari apa yang boleh dibaca di atas.. lecithin memang untuk memberikan perlindungan kepada jantung manusia dimana ianya mampu mengurangkan kadar kolestrol dan juga memusnahkan lemak2 yang mungkin akan tersekat di saluran2/pembuluh darah)
so.. itu adalh antara fungsi2 utama lecithin ni.. sebenarnya banyak lagi fungsi lecithin ni untuk kita..