Tuesday, March 29, 2011

..daddy n anak..

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

'Daddy.daddy .... sex tu apa, daddy ....?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... ..

SCROLL DOWN ....

























..beza antara CINTA , SAYANG n SUKA..

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

..differences between LOVE n MARRIAGE..

Love is holding hands in the street.
Marriage is holding arguments in the street.

Love is dinner for 2 in your favorite restaurant.
Marriage is a take home packet.

Love is cuddling on a sofa.
Marriage is one of them sleeping on a sofa.

Love is talking about having children.
Marriage is talking about getting away from children.

Love is going to bed early.
Marriage is going to sleep early.

Love is a romantic drive.
Marriage is arrive on tops curvy tarmac .

Love is losing your appetite.
Marriage is losing your figure.

Love is sweet nothing in the ear.
Marriage is sweet nothing in the bank.

Tv has no place in love.
Marriage is a fight for remote control.

Love is 1 drink and 2 straws.
Marriage is "Don't you think you've had enough!".

Conclusion: "Love is blind, Marriage is an eye opener!"

Monday, March 21, 2011

..perempuan suka lelaki yang..

lelaki yang gagah selalu pergi workout dekat gym
pandai bersukan main bola, basket, ragbi etc
bijak pandai CGPA mesti sentiasa 3.5

ada kerja tak kisah la kerja apa.. if glemer.. ag best..
ada kereta especially sports car, tak kisah tahun bila


pandai jamming pandai main guitar, bass, drum kr.. keyboard ker..
pandai buat lawak especially depan perempuan
pandai programming design website lawa2..
tak terlalu clean shaved, tinggal la janggut sikit in vertical line.. macho siotttttttt...
hadiahkan bunga even sekuntum bunga ros mati...
wangi adalah pandai pilih perfume yang sedap di hidu..
sanggup teman awek shopping biarpun berjam2..
bleyh bagi pendapat bila awek tanya ' awak. tudung wardina ni sesuai tak dengan saya?'
walaupun rock tapi alim2 sikit boleh lead semayang jemaah..
selalu hadiahkan teddy bear kalo kecik bagi banyak2 kalo besar bagi satu jerk..


matahariey's words:: Na x kisah.. ini adalah pendapat yang direka oleh perempuan yang tengah boring yer.. jangan salah faham.. :)

..kenapa ada dia di antara kita..

ini entry luahan perasaan..
sila baca dengan mood jiwang okeyh.. tak lupa juga.. sediakan bekas untuk muntah.. heheheh


my dear future hubby..
dalam hati I ni memang dah tertulis dah nama u..
u jangan la risau ataupun cemburu if I rapat dengan someone ker.. apa ker..
sebab I nak u tau..
sekacak mana pun dia.. sehensem mana pun dia..
dia tak akan boleh ganti tempat u kat dalam hati I...
dah i letakkan u dalam singgahsana yang terindah dalam hati I..
susah untuk I gantikan orang lain sebagai pengganti tempat u..
I tau u sentiasa cuba nak faham kerjaya i..
bukan I tak nak luangkan masa dengan u..
tapi masing2 ada komitmen...
bila I free.. u busy..
bila u free.. I plak yang busy...
tapi sepanjang I kenal u..setiap gurauan u...
setiap usikan u.. cukup untuk menghiburkan hati I...
kadang2 tu.. I bukan merajuk betul2... saja jer I nak u pujuk I...
okeyh..
I nak sambung buat kerja la.. nanti I update lagi okeyh.. :)

Tuesday, March 15, 2011

...Hikmah Melihat Muka Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur....



melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur... .. Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... ..

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA... ..

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

..maariage life..

:: gambar hiasan semata-mata ::


Before marriage.
Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
'You die, up to you. '
Lagi lama married.
You die I help you!

Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . up to you .
Lagi lama married.
You go anywhere, better u got lost!!

Before wedding
you are my heart, you are my love'
After wedding
'you get on my nerves.

Before wedding
'you are sweet and kind just like Cinderella'
After wedding
'you are worse than godzila'

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I sue you!

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la!

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or pontianak

Monday, March 14, 2011

..10 tips lupakan kekasih..


1.Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari...

2.Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung

3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan... . Bukak lah warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi..

4.Buat perusahaan menternak itik... Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo... .

5.Sibukkan diri dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah berjuta nanti, cari ajer yang lain, kawin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala...

6.pi ngadap cermin yang sememangnya setia ngan anda... buat ler lawak giler yang tak masuk di akal, pastu gelak ler sendiri...

7.Ulang perbuatan nih sampai 3x... ikut tau... Uhh huuu Uhh huuu...

8.Kalo still teringat kat pasangan anda tuh, anda pi cari tangga, alaa cari je lah kat umah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, buat-buatlah terjatuh dari tangga, sampai terus hilang ingatan, nescaya ler.. akan lupakan terus pasangan anda tuh... dengan diri sendiri pun anda tak akan ingat lagi..

9.Kalo ingatan anda masih ada, pi je rumah jiran sebelah, minjam tukul, pastu buat ler tak tau sambil ketuk pala sendiri sampailer ilang ingatan...

NOTE: A.kalo jiran anda tak bagi minjam tukul, curikk je, pastu lari ler..takkan dok buat sesi berkenalan ngan jiran anda lak..

B.Kalo susah sangat... hantuk je kepala tu kat dinding rumah, buat ler sampai rasa dah bosan dengan hantukan tuh...

10.Gantung gambar si dia kat dinding .. kutuk, karate, gusti, gigit, mamam, telan... buat lah apa-apa je asal hati rasa pueih..

..teka lah...

Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"

..mat rempit oh mat rempit..

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

..insaf..

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

..belajar kawal perasaan dari lelaki..


1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!''

2) Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!

3) Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.

4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.

5) Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.

6) Lelaki tidak suka membincangkan isu peribada kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'

7) Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.

8) Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.

9) Lelaki tidak menganggap putus cinta satu truma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia truma dalam hidup mereka.

..kenapa lelaki tak kawin..



1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" .
Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

..sifat calon suami yang baik..


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

..sign of your soulmate..


14. You argue and fight with them, but still can't get them out of your mind...


13. When you're on the phone with them late at night and they hang up but you miss them already when it was just five minutes ago...


12. You read their texts over and over again...

11. You walk really slow when you're with them...


10. You feel shy whenever you're with them...


9. When you think about them, your heart beats faster and faster...


8. You smile when you hear their voice...


7. When you look at them, you can't see the other people around you... all you see is him/her...


6. You start listening to slow songs, while thinking of them...


5. They become all you think about...


4. You get high just from their scent and closeness...


3. You realize that you're always smiling to yourself when you think about them...


2. You would do anything for them...


1. While reading this, there was one person on your mind the whole time.....

..bukti lelaki ini rumit..

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar

Thursday, March 10, 2011

..kekonpiusan melanda diriku..


comey kan baby nieyh? aser nak picit2 jer pipi dyr.. heheheh...
aduhai... lari topik dah la plak..
kembali ke pangkal jalan okeyh...
okeyh...

nak cerita malas..
tak nak cerita rasa kena cerita.. kenapa?
sebab kapasiti dalam kepala nieyh..
macam tak boleh nak menampung sebarang penerimaan maklumat yang mengkonpiuskan diri nieyh...
dalam hidup Na yang semakin kelam kabut nieyh..
ada plak la manusia2 yang tolong kan..
tolong apa?
bukan tolong kasi senang..
tolong kasi lagi serabut kepala Na lagi ada lah..
kenapa?
hurm..
kisahnya... sekarang ni.. bila Na rasa Na dah bahagia, dah happy dengan seseorang yang Na gelarkan dyer sebagai kekasih atau dalam bahasa orang kampungnya...
my special boyfriend larrrr...
tapi tak tahu lah kan kenapa agaknya...
bila Na dah bahagia dengan si dia..
ex boyfriend Na...
datang balik.. nak balik.. aduhai..
hati Na ni satu jerk..
kalau boleh dikerat2 n dibahagikan pun.,..
Na ada satu jerk.. yes... Na admit.. Na still simpan perasaaan sayang dalam hati Na untuk dyer..
tapi itu erita dulu..
kisah cinta Na dengan dyer..
kisah dulu2..
bukan kisah sekarang..
kalau boleh Na dah malas nak ingat apa yang dah berlaku dulu..
yang dah lepas tu.. lepas la.. so.. berhenti la...
berhenti la dari 'goda' Na semula..
yes.. Na admit.. yang dulu lagi faham Na dari yang sekarang.. yang sekarang mungkin dalam proses lagi nak kenal Na..
tapi tu bukan alasan.. yang dulu tau kelemahan Na.. tau yang Na ni nampak jer kasar.. tapi hati Na ni macam kapas.. lembut.. cepat tersentuh.. tapi..
tolonglah!!!!
biarlah Na bahagia juga... walaupun sekejap...
jangan la mucul lagi dalam hidup Na ni jika sekadar nak tumpang sakitkan hati jerk..
hurm..


matahariey's words :: cinta tu unik n indah...


..cara mengalahkan hantu..

petua buat korang supaya tak takut dengan hantu agi dah pas ni okeyh?

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pas
ti dia tersipu-sipu malu.


Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.


Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.



Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk atau star light dahi sket dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.



Hantu Ponteng

Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepas tu baca blog org..macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja ... .. hehehehehe

LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 NGAN HANTU..TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!

Wednesday, March 9, 2011

..tujuan tak menghalalkan cara..

okeyh.. pagi ni ceramah pagi adalah bertajuk..
TUJUAN TAK MENGHALALKAN CARA...


kita selalu fikir yang if kita nak sesuatu tuh...
cara apa yang kita buat tuh..
x penting..

alasan yang diberi..
'at least aku usaha'
okeyh.. now nak kasi pendapat..
Na bukan la yang faham sangat tentang selok belok agama..
bak kata orang tuh..

maih lagi dalam tempoh nak belajar.. bukan ke kita akan belajar sehingga ke liang lahad?
okeyh..
back to the topic.. stop mengarut..
Na kasi satu situasi dekat korang yer..

Na nak cari balik adik Na yang tak balik 3 hari kononn
ya...
macam2 cara dah cuba nieyh..
termasuk la berjumpa dengan bomoh...

bomoh tu pulak mintak macam2.. gambar lah.. limau nipis la.. garam la...
telur lah..
okeyh yer.. ini adalah stu usaha yang Na lakukan sebab nak cari balik adik Na yang dah 3 hari tak balik nieyh...


okeyh.. review pasal situasi tuh..
tujuan Na tu baik.. nak cari adik yang dah tak balik 3 hari.. tak tahu kena culik ke..
kena apa ker.. risau kan.. so kner usaha nak cari dyer..
dalam mencari tuh..
usaha yang Na lakukan tuh.. betul ker tak betul?
berbomoh tuh.. okeyh.. tahukah kita...
sekiranya booh tu menggunakan telur/ benda hidup...
bomoh tu berubat dengan menggunakan jin atau belaan..
dalam Islam sendiri.. adakah itu dibolehkan?
tak kan? itu dah di kira syirik.. sebab kita meminta pertolongan dari iblis atau syaitan..
so mana kedudukan kita tadi?

agak2 sekarang ni faham tak..
macam mana kita, umat islam hari ni..
selalu menyalahgunakan term usaha tuh...
memang dalam Islam kita ada idsuruh berusaha dulu baru bertwakal n berdoa..
tapi.. jangan menghalakan usaha2 yang tidak hala di sisi agama semata2 untuk tujuan yang mulia...
sebab usaha adalah jalan yang memabwa kita kepada tujuan..
agak2..bila usaha dah tak berapa nak betul.. tujuan atau matlamat yang dicapai tu macam mana plak?

matahariey's word :: usaha + doa = tawakal
* gambar adalah hiasan semat2...

..Kotex Fresh Face..


hye incik2 n cik2 yang Na sayang sekalian....
nampak tak gambar dekat atas tuh?
gambar saper?
opkos la gambar Na time dekat opis..
biasa la perempuan ni agak pantang tengok tempat clear n dyer boring..
dyer akan snap pic...
saper?
saper lagi.. Na lah...
kenapa Na tayang gambar nieyh? sebab Na nak mintak tolong korang undi tuk Na...
sebenarnya Na join satu contest untuk Kotex Fresh Face..
kenpa? sebab The Other Half suruh... dia cakap ada kawan perempuan dyer suruh Na join..
heheheh..
gambar ni pun.. The Other Half yang pilihkan..
so..
kenkorang semua..
if korang nak join pun boleyh..
tapi before tuh.. undi la Na dulu okeyh?
hehhehehehe....
kalau Na menang?
Na akan doakan yang baik2 jer untuk korang... :)
antaranya...
Na akan doakan korang dimurahkan rezeki n panjang umur..
okeyh x?
hehehe.. xper la...
if korang rasa nak undi pun.. undi la.. xnak pun tak aper la.. nak buat macam mana kan..
dah orang tak sudi nak undi kita kan..
so.. redha jer la dengan ketentuan.. heheheheh
k lah... ini entry untuk contest..
nanti akan ada entry lain pulak untuk hari ni...


Tuesday, March 8, 2011

..politik is tetap polititk..

nak bercerita tentang sesuatu melalui pendapat sendiri..apa yang Na pandang n apa yang Na pernah tau..
bila kita berbicara soal isu negara Islam..
pertama sekali..

pemimpin utama negara.. adakah benar dia menyahut syiar Islam?
kata Malaysia ni sebuah negara Islam.. Islam ker kalau isteri sendiri, insan yang paling dekat dengan dia yang wajib dia pimpin ke jalan yang benar tidak bertudung atau dalam erti kata lain tidak menunjukkan ciri2 Islam sebenar..
berpeluk dengan yang bukah muhrim..
di khalayak ramai..


Islamkah itu?
pada mereka yang mengamalkan Islam secara liberalisme. mungkin boleh la menyokong perbuatan tuh..
tapi secara jujurnya..
Na sebagai seorang rakyat Malaysia.. malu nak mengaku Malaysia ni negara Islam..
sebab apa? first lady malaysia tak menunjukkan ciri2 Islam langsung..
aduhai..
lepas ni kena saman ke erk? ngeee..
itu pandangan Na lah..

itu soal lain.. ni soal halal haram plak..
ingat lagi tak kes dekat Penang pasal duit tak halal tuh konon hasil judi..
nak tanya plak..
gov tax dr pusat2 judi, jual arak tuh..
halal ker? aduhai.. macam2 hal la sekarang nieyh.. secara jujurnya... berita sekarang atau lebih senang nak kata.. sekarang ni..
banyak sangat memperbesarkan isu politik dan sebagainya..
yang jadi pemimpin tuh.. duit berguni2 dapat..
yang org bawahan nieyh..
dpt la secebis dua jer kot.. itu pun kalau dapat..
salah ker andainya.. kita sebagai pemimpin nieyh..
memimpin secara Islam..
bukan tak pernah belajar pasal khulafa Ar-Rasyidin semer tuh..
masa sekolah semua dah belajar..
semua tau macam mana politik Islam..
salah ker kita contohi negara Islam dulu dari kita buat negara kita ni.. kononnya negara Islam..
tapi Islam pada nama..
bila kita cakap... kalau negara Islam.. itu tak boleh.. ini tak boleh.. tak boleh berhibur la.. apa la..
saper kata tak boleh?
dalam Islam kita ada hiburan yang dibolehkan dan sebagainya..
cuma manusia berfikiran sempit jer yang suka menafikan kewujudannya...
hurm...

peringatan ya.. biarlah zaman yang membangun dengan cara Islam..
janganlah di ubah Islam itu.. sebab Islam, hukum hakamnya kekal hingga akhirat..
takkan la kita nak hidup bahagia di dunia ni jerk... akhirat pulak nak derita.. sedangkan kita dah tau..
kehidupan kat akhirat tu kan lebih kekal..
jangan ingat dekat dunia ni kau jadi pemimpin yang disegani ramai..
dekat akhirat tu pun sama..
selagi Allah bagi kesempatan untuk kau bernafas kat dunia nieyh..
bertaubat la selagi pintu taubat tu terbuka..
jangan dah terlambat baru nak bertaubat..


k lah.. Na dah jadi cam ustazah lak kan? nngeee.. hehehe..
sajerk.. sambil tuh bagi peringatan tuk diri sendiri gak..


matahariey's word :: utamakanlah dulu yang mana utama.. jangan utamakan yang tidak utama.. :)

Monday, March 7, 2011

..demam..

sekarang ni Na dekat ofis..
x berapa nak sihat.. demam.. klinik?
tgk la ptg2 kang.. if demam still x okeyh gak.. baru la meneruskan hajat untuk ke klinik..
buat masa ni hanya makan ubat yang dibeli dekat farmasi jerk..
ubat batuk, selsema, ubat demam n ubat untuk buang kahak..
:)
before demam hari tuh..
batuk kering.. then ada kuar darah sikit2...
takut gak kenapa la jadi cam tu kan..
now badan dah start sakit2. takkan la syak denggi lagi kot..
aduhai... malas sungguh la..
xper.. hold on..
tnggu genap seminggu demam x baik2 even dah makan ubat farmasi..
baru pergi klinik atupun hospital yang berdekatan..
kan? hehehehe..
Na ni bukan takut jmpe doktor ataupun tak suka makan ubat..
tak lah..
Na ni jenis yang senang jerk..
tp kadang tu.. bila dekat klinik n hospital tuh... aduhai..
nak2 hospital kerajaan...
tunggu sampai dekat 4 jam.. tapi last2 jmper nurse jerk.. doc x jmper gak...
aduhai.. dr demam sikit.. jadi tambah2 demam tau..
huhuhu..
jangan sampai jadi cam dulu sudah la..
demam sampai nak jalan n nak bangun pun kena papah...
sampai sepital, kner sorong naik wheelchair... malu2...
masa tu semes org pndang.. aduhai.. sogan den.. tapi nak wat cm ner..
kalau boleh.. biarlah tu the last time demam sampai tak larat nak bangun n so on..
sebab sekarang ni if masuk wad.. tak der saper nak jaga dah.. hehehehe..
kenapa? pikir2 sendiri jer la k..
k lah.. nak buat kerja lak.. bubye...

Tuesday, March 1, 2011

...saya lapar..

waktu sekarang menunjukkan waktu untuk menketedarah pada waktu tengah hari okeyh..
hehehehehe...
tapi x boleh nak keluar nak makan sebabnya...
xder orang nak teman Na makan..
so..
nak xnak..
Na kena la duk kat sini ngadap pc nieyh kan..
dah la mata nieyh x boleyh nak ngadap pc lamer2..
jap ag mata nieyh jadi pedih semacam jerk..
xtau la kenapa..
nak kata sebab lense...
before nieyh..
okeyh jer Na pakai... hurm.
mungkin sebab kurang tidur..
aduhai..
ada kaitan ke tu dengan mata pedih masa ngadap pc?
so.. nak x nak... Na kena la guna eye drop sentiasa...
:)

..ku mahu kau tahu..

Ku Mahu Kau Tahu

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.


Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

10/02/2011...

..I love you dear..

I sayang U sangat2.....
kenapa pun I x tau...
U jampi I yer?
tp x kisah la....
jnji I sayang U sorang...
saper u..
i dh x peduli.
sbb i syg u sorang.